Saturday, February 18, 2012

HARI TERBUKA KONSULAT JEDDAH 2012

Pada 2 Februari 2012 telah berlangsungnya Hari Terbuka Konsulat Jeddah 2012. Jadi, bersempena dengan program tersebut, para penduduk Malaysia yang menetap di Arab Saudi termasuk para pelajar telah dijemput bagi menghadiri serta memeriahkan program tersebut.

Sehubungan dengan itu, para MT dan EXCO Persada cawangan Madinah telah bermesyuarat dan telah bersepakat untuk menghadiri program Hari Terbuka Konsulat tersebut sebagai lawatan tidak rasmi dalam usaha untuk bertemu dengan Konsul Jeneral dan para pegawainya bagi memperkenalkan pimpinan baru Persada Madinah sesi 2011/2012.

Perjalanan para MT dan EXCO-EXCO Persada bermula pada hari Khamis seawal jam 11.00 pagi dari Madinah al-Munawwarah dengan menaiki 2 buah kereta yang telah disewa khas. 


Pada awalnya, tempoh perjalanan dijangka memakan masa selama 5 jam sahaja namun berlaku beberapa masalah berkaitan dengan kenderaan yang tidak dapat dielakkan, telah mengganggu proses perjalanan.



Akhirnya, dengan bantuan penunjuk arah dan GPS, para MT dan EXCO-EXCO Persada telah selamat tiba di perkarangan bangunan Konsulat Jeddah pada jam 7.00 malam.




Ketibaan para MT dan EXCO-EXCO telah disambut oleh para pegawai di Konsulat Jeddah. Pelbagai aktiviti sukaneka telah dijalankan di perkarangan bangunan Konsulat Jeddah tersebut yang melibatkan golongan kanak-kanak dan dewasa. Turut memeriahkan suasana pada petang tersebut juga adalah dengan adanya pembukaan gerai-gerai seperti makanan, pakaian dan banyak lagi.
 
 
HARI TERBUKA KONSULAT 2012


Seterusnya, para MT dan EXCO-EXCO Persada telah mengadakan pertemuan dengan Encik Khalid selaku Konsul Jeneral dalam usaha untuk memperkenalkan pimpinan Persada yang baru serta bagi mewujudkan hubungan dua hala yang baik dengan pihak Konsulat Jeddah.







BERSAMA WAKIL PELAJAR MEKAH


BERGAMBAR BERSAMA KONSUL JENERAL SEBELUM PULANG

Setelah majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam, para MT dan EXCO bertolak pulang kembali ke Madinah al-Munawwarah.

No comments:

Post a Comment